Apa yang ingin diceritakan dengan lebih spesifik harini ini adalah penubuhan clan dalam game ini. Semua peminat game ini pastinya sudah mengetahui tentang itu. Kami telah berjaya menubuhkan clan 'BikersMasjid' yang sehingga kini masih berpangkalan di sebuah negara yang aman damai, iaitu Malaysia. Alhamdulillah atas kurniaan ilahi keamanan masih dapat dikecapi dan dipertahankan. Ahli dalam clan kami rata-ratanya terdiri daripada ahli bikers masjid. Penjelasan mengenai Bikers Masjid bolehlah diketahui daripada entri kami yang terdahulu.
Clan ini baru sahaja ditubuhkan, dah ahlinya belum menjangkau 1 per dua dari had limit yang dibenarkan. Motto clan ini adalah "No more tears and liars here just win the war, say tq to donater, This clan created by our friendship, we are active and friendly, do you really want war come join us and our memory MH17/370".
Motto diatas memberikan gambaran yang jelas tentang apa yang ada didalam clan yang dibina oleh kami. Kami bermain tanpa membeli gems atau sebagainya. Segala yang ada adalah hasil dari usaha kami sendiri. Clan ini adalah clan yg ahlinya adalah rakan bangku sekolah kami, hampir kesemuanya. Ahli clan ini sangat baik, kerjasama yang bagus terutama dalam clan war dan tidak mementingkan diri sendiri atau selfish dalam bahasa omputeh. Pasal troops donate, mintalah apa shj yang diperlukan dan mengikut kesesuaian.
Clan ini diketuai oleh leader kami, Rossi. Yang memiliki town hall lvl8. Dan dibantu oleh co-leader seperti Amirul, emi98, Legacy, KS_Nabil46, Who_Hafiz. Beberapa orang elder juga tersenarai seperti qido, Hafizjagger, Vanness dan Adi. Selebihnya ialah member seperti Nizam_Ns, Helmi, Wanman, x1R dan lain2.
Pemilihan co-leader pastinya dipilih dari segi pengalaman, friendly, berinteraksi dgn baik, setia dan pemurah dalam donate troops. Tugas co leader juga membantu leader dalam memberi arahan tentang strategi perang yang perlu disusun dan diterjemahkan ketika menghadapi lawan. Dapat dirumuskan, clan ini memerlukan orang yang memiliki bahasa dan sopan santun yg tinggi selaras dengan kehendak agama. Malaysian said "Budi Bahasa Budaya Kita"
Dalam hidup, ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah. Seperti juga didalam game ini, kita mesti terima segala kemungkinan yang boleh berlaku such as kalah dalam clan war. Orang yang setia amat diperlukan. Jangan bersorak ketika menang, jika tidak mampu bertenang ketika kalah. Sesiapa yang ingin join kami, perlulah memahami segala rules/ peraturan yang telah ditetapkan dalam clan kami. Leader atau co leader akan memberikan penjelasan secara terperinci tentang hal yang demikian.
Berikut antara base kami, di game coc ini. Dan gambar dibawah pula, adalah bikers masjid dalam Clan War! War sehingga ke titisan eli yang terakhir......
Itu sahaja entri kami pada hari ini. Untuk pelajar, enjoy lah cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Game2 jugak, solat jangan dilupa ye. Buatlah persediaan menjelang tibanya tahun baru 2015. Ciri2 orang yang berjaya adalah hari esoknya lebih baik dari hari ini. Sesiapa yang berminat utk jadi ahli dalam clan BikersMasjid, bolehlah temui kami di Clan Search di Clash Of Clans.
Assalamualaikum, Bye! Salam 4 rakaat ye kpd yang islam!
"Allah tak lihat siapa kita yang dulu, tapi allah lihat siapa kita harini"